Tuesday 23 September 2014

:: Special Education Course ::

Assalamualaikum, bertemu kembali kitaa :) Hari ini, MissNad nak berkongsi sikit tentang kursus yang MissNad ambil dekat IPG ni, kursus apaa ? Cuba tekaaa. Anda ada 60 saat dari sekarangg! Hehe, saje je tadi tuu, selingan. Rasanya, tengok tajuk pon dah dpat teka kann? HaHa ~ Okayy, sebenarnya MissNad ambil kursus Pendidikan Khas atau bahasa omputehnya Special Education . Haaaaa, mesti ada orang tertanya - tanya apa itu Pendidikan Khas ? Ni nak kongsi sikit ni .Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan dan keupayaan pelajar tersebut. Kanak - kanak Khas pula ialah golongan kanak- kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.Kanak - kanak khas terdiri daripada tiga kategori iaitu masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Untuk kursus yang MissNad ambil ni, ia lebih fokus kepada kanak-kanak masalah pembelajaran. Antara masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran ini ialah disleksia, sindrom down, cerebral parsy, autisme, pintar cerdas, ADHD dan lain-lain. So, dapatlah kita simpulkan kat sini yang Pendidikan Khas ini ialah satu pendidikan yang diwujudkan khas untuk kanak - kanak istimewa kerana mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran aliran perdana seperti kanak - kanak normal yang lain. Rasanya cukup dulu buat setakat ini, nanti MissNad cerita lagi pada masa yang akan datang. Hee :) Sebelum tu, MissNad nak pesan kita jangan lah memandang serong sebaliknya tanamkan sikap prihatin terhadap mereka kerana mereka sangat memerlukan sokongan daripada kita. Ingatlahh, tiada insan yang minta untuk dilahirkan begitu.




No comments:

Post a Comment