Sebelum memulakan tangan nak menaip pepanjang, biar iolss terang dulu apa itu Autisme ?
Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas. Autisme didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran.
Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: “Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.
Okayy, Autisme dah tahu, so macam mana kita nak kenal mereka?
Secara ringkasnya antara ciri-ciri awal autisme adalah :
- Tidak seperti bayi normal, sesetengah daripada penghidap autisme adalah mereka tidak gemar susu ibu. Mereka akan menolak atau menangis sekiranya ibu mereka cuba untuk menyusui mereka.
- Mengalami masalah untuk tidur, dan sering terjaga pada malam dan mula menganggu orang lain disekitarnya.
- Mereka tidak menunjukkan minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
- Mereka tidak mengenali ibu bapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka, semua orang sama sahaja.
- Mereka tidak menunjukkan sebarang minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.
- Mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
- Mereka lebih suka bermain secara bersendirian berbanding bermain bersama kawan-kawan sebaya. Di samping itu, mereka juga tidak takut apabila ditinggalkan berseorangan.
- Mereka tidak suka kepada sentuhan. Sekiranya disentuh dan mereka tidak selesa dengan sentuhan tersebut, mereka akan mengeraskan badan.
- Mereka lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.
- Mereka gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding menyampaikan menggunakan lisan.
Selain daripada tanda-tanda awal di atas, penghidap autisme juga sering menunjukkan keganjilan dalam proses pergaulan mereka. Antara tanda-tandanya ialah :
- Mereka tidak tahu memulakan pergaulan dan tidak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan.
- Mereka tidak mempedulikan perasaan orang disekitar mereka.
- Mereka tidak mempunyai ‘eye contact’ dengan orang lain dan sering mengelak daripada bertentangan mata semasa bercakap.
- Mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak ke sana dan ke mari.
- Mereka tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecederaan yang dialami.
- Sesetengah daripada mereka mengalami fobia atau ketakutan terhadap air atau bunyi bising. Mereka akan menjerit ketakutan.
- Mereka akan mencederakan diri sendiri sekiranya berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. Namun begitu, situasi ini jarang berlaku.
- Mereka melepaskan rasa marah dan tidak puas hati dengan membaling barang.
- Mereka sukar untuk memahami dan seterusnya menerima arahan yang diberikan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment