Thursday 6 November 2014

Study Week. FINAL EXAM !

Assalamualaikum readers :) Here it is my new blog image. Hope you like it. Aicehh akuu, ajet-ajet ade readers je. Bhahahaha. Okayyy, setelah sekian lama blog ini berhabuk dan bersepah, datang lah Si Cinderella datang membersih dan menaip. Oppsss. Hoho. K merepekk~ Okayy tengok tajuk tu, FINAl EXAM okehhh. Bukan main huruf besarr lagi aku letak. Haaa, betapa penting nya final exam berbanding nama aku. -.- 

Disebabkan sekarang study week, maka dengan ini aku meletakkan syarat perintah berkurung di dalam kampus sehingga lah periksa. Ehhh, yedok aku ? Nama je duduk berkurung tapi tak study juga. Duduk tgok movielah, makanlah, tidurlah dll. Hampesss. *jangan tiru aksi ini. Ni nak cerita, korang tak nak tau pon, ak nak bagitau jugak, aku ada 3 paper tapi fakta yang nak kena baca adalah setinggi Gunung Kinabalu. Tapi takpe, ku gagahi jugaa demi mendapatkan segulung ijazah. Ayat tak boleh blah~ 

Okayy, kiranya ak dengan budak SPM dengan buku sama naik je sekarang. Haha. Yang pasti lepas exam ni, aku balikkk ke rumahhh dan cuti sem pun bermulalah. Oh yeahhhh. Lompat setinggi awannn ~ So, konklusi yang kita boleh nampak kat sini, ak takdek point dah nak tulis dan lebih baik ak sambung membaca buku. Sebelum tu, di kesempatan ini, aku nak ucapkan GOOD LUCK and ALL THE BEST untuk rakan-rakan seperjuangan yang lain. Oke guysss, jumpa lagi ^^






Tuesday 14 October 2014

Syarat Kemasukan ke Sekolah Pendidikan Khas

Assalamualaikum semuaa. Lama tidak ketemu. Hee~ Okayy, untuk hari ini, saya akan berkongsi tentang jenis-jenis Sekolah pendidikan Khas. Ada ibu bapa kadang  kadang tak tahu nak hantar anak anak mereka yang tergolong dalam kanak-kanak khas ni ke mana,  so, meh sini baca ni. Pasti jumpa jalan penyelesaian yang terbaikkk. Hehheehe... Sebelum tu, nak kasi tau kat Malaysia ni ada 4 jenis sekolah Pendidikan Khas iaitu Pra Sekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Syarat - syarat nak masuk ke sekolah-sekolah ini ialahhhh :



  1. PRASEKOLAH


  • Berumur tidak kurang dari lima tahun.
  • Disahkan oleh pengamal perubatan . 


   2. PENDIDIKAN RENDAH


  • Berumur 6 hingga 14 tahun.
  • Disahkan oleh pengamal perubatan.
  • Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik.

   3 . PENDIDIKAN MENENGAH


  • Berumur 13 hingga 19 tahun .
  • Disahkan oleh pengamal perubatan .
  • Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

   4 . PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


  • Sekolah Khas
       Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan efektif mata pelajaran vokasional (MPV) .
       Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia .

  • Program Pendidikan Khas Integrasi

Haaaa, tu lah dia syarat- syarat diaaa. Tak rumit ponn. Ibu bapa ambik tahu pasal ni, jangan biarkan anak- anak terabai pelajarannya. Setiap kanak - kanak berhak untuk mendapat pelajaran. Hak belajar hak mereka  ^^

Wednesday 24 September 2014

Mengenali Syndrom Down

Hye guyyss. Harini kita sambung lagi pasal masalah kanak-kanak khas, dah dapat ilmu, apa salah nya iolsss nak kongsi dengan korang kann? Heee~ tajuk hari ni, Syndrom Down :) Ramai pernah mendengar namun,ramai juga cetek pengetahuan mengenainya.Ia bukan penyakit moden atau orang kaya malah Sindrom Down (SD) tidak tepat di katakan penyakit.Sindrom Down tidak boleh di ubati.Ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran .Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa.Oleh itu kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.Sindrom Down terbahagi kepada 3 iaitu Trisomi,Traslocation dan Mosaic.Tidak kira jenis apa Sindrom Down,kanak-kanak Sindrom Down boleh di kenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21.Bagi seorang yang normal mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyababkan mereka di kategorikan Sindrom Down.Lain-lain kromosom mereka adalah normal.

Macam mana kita nak kenal mereka ? Macam ni yee ciri-ciri diaa. 
  • Sifat Pada Kepala, Muka Dan Leher.
Kanak-kanak Sindrom Down, mempunyai cirri-ciri fizikal yang unik dimana mereka mempinyai iras muka yang hamper sama seperti muka orang Monggol. Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan  kulit di sudut dalam. Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi mereka adalah  lambat dan tidak teratur . Paras telinga adalah lebih rendah. Kebiasaannya, kepala mereka lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek.
  •   Sifat Pada Tangan Dan Lengan
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam dimana tangan yang lebar dan pendek.Kebiasaannya,tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan urat dinamakan “Simian Crease”. Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol.
  •  Sifat Pada Kaki
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.
  •   Sifat Pada Otot
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
  •   Ciri-Ciri Lain
Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendak serta agak bongkok. Mereka juga majoritinya berambut lurus dan lembut. Kebiasaannnya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan gembira dimana mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik. IQ mereka pula adalah di antara 30-80. Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Okayyy, ni lah dia serba sedikit yang dapat iolss share tentang kanak - kanak syndrom down. harap lepas baca, ada lah pencerahan sikit tentang dunia budak khas nii. Jumpa lagi. daaaaa ^^ 


Solat Sunat Aidiladha (:

Hari Raya Aidilfitri dah berlaluu sebulan lebih yang lalu, pejam celik pejam celik, maka tibalah Hari Raya Aidiladha pulaa. Sungguh cepat masa berlaluu kan? Okayy, kita tengok tajuk kita harini iaitu Solat Sunat Aidiladha. 

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijjah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan korban. 

Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha

1.  Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja  aku solat sunat Aidil Adha, dua rakaat (imam / makmum) kerana Allah Taala.

2.  Pada rakaat pertama:

   a.  Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah 
       (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

b.    Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.

c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.


3.  Pada Rakaat kedua :

a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

b.    Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.


c.     Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam kedua.

Dengan perkongsian ini, saya harap kalian dapatlah mengaplikasikannya semasa Hari Raya Aidiladha nanti.  Lagipunn, solat sunat hari raya bukan selalu kita dapat  buatkan ?  Maka, Rajin-rajinkanlah diri kalian  melangkah ke masjid. Setiap langkah kita ke masjid akan dikira sebagai pahala, Renung-renungkan dan selamat beramal :)) 

Kanak - Kanak Autisme :)

Assalamualaikumm. Tok! Tok! Tok! Cikgu nak masuk boleh?? Cikgu nak share satu cerita ni. Satu cerita menarik mengenai kanak-kanak istimewa. HeHeHe :D Okayy, untuk entry kali ni, MissNad nak sambung cerita pasal kanak-kanak Pendidikan Khas  (Masalah Pembelajaran Autisme) .
Sebelum memulakan tangan nak menaip pepanjang, biar iolss terang dulu apa itu Autisme ?

 Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas. Autisme didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran.


 Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: “Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.


Okayy, Autisme dah tahu, so macam mana kita nak kenal mereka?


Secara ringkasnya antara ciri-ciri awal autisme adalah :



  1. Tidak seperti bayi normal, sesetengah daripada penghidap autisme adalah mereka tidak gemar susu ibu. Mereka akan menolak atau menangis sekiranya ibu mereka cuba untuk menyusui mereka.
  2. Mengalami masalah untuk tidur, dan sering terjaga pada malam dan mula menganggu orang lain disekitarnya.
  3.  Mereka tidak menunjukkan  minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
  4. Mereka tidak mengenali ibu bapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka, semua orang sama sahaja.
  5. Mereka tidak menunjukkan sebarang minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.
  6. Mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
  7. Mereka lebih suka bermain secara bersendirian berbanding bermain bersama kawan-kawan sebaya. Di  samping itu, mereka juga tidak takut apabila ditinggalkan berseorangan.
  8. Mereka tidak suka kepada sentuhan. Sekiranya disentuh dan mereka tidak selesa dengan sentuhan tersebut, mereka akan mengeraskan badan.
  9. Mereka lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.
  10. Mereka gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding menyampaikan menggunakan lisan.

Selain daripada tanda-tanda awal di atas, penghidap autisme juga sering menunjukkan keganjilan dalam proses pergaulan mereka. Antara tanda-tandanya ialah :


  1. Mereka tidak tahu memulakan pergaulan dan tidak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan.
  2. Mereka tidak mempedulikan perasaan orang disekitar mereka.
  3. Mereka tidak mempunyai ‘eye contact’ dengan orang lain dan sering mengelak daripada bertentangan mata semasa bercakap.
  4. Mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak ke sana dan ke mari.
  5. Mereka tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecederaan yang dialami.
  6.  Sesetengah daripada mereka mengalami fobia atau ketakutan terhadap air atau bunyi bising. Mereka akan menjerit ketakutan.
  7. Mereka akan mencederakan diri sendiri sekiranya berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. Namun begitu, situasi ini jarang berlaku.
  8. Mereka melepaskan rasa marah dan tidak puas hati dengan membaling barang.
  9. Mereka sukar untuk memahami dan seterusnya menerima arahan yang diberikan kepada mereka.

Oleh itu, Ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengenal pasti masalah kanak-kanak autisme di peringkat awal kerana pengesanan diperingkat awal akan memberi kesan dan pengaruh kuat pada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak autisme. Jadi kalau yang rasa anak mereka ada ciri-ciri sebegini, cepat cepat bawak pergi hospital dan jumpa dan check dengan doktor. Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah. Masuk peribahasa pulak kita ^^ Jumpa lagii :D

Gigitan Kecil Ancaman Besar

Pada zaman yang serba moden ini kita sering digemparkan dengan berita- berita yang tidak sedap didengar di halwa telinga ...  Ayat pendahuluan Ai memang overr, macam nak  buat esei SPM. Hohoho. Okayy, berbalik kepada tajuk kitaa, iaitu Gigitan Kecil, Ancaman Besar. Sebenarnya ayat pendahuluan ni nak cerita pasal kes demam denggi yang semakin merebak lenni. Haaa, tu je sebenarnya main point die. So, entry kali ni bertujuan untuk berkongsi dengan uooolss tentang kaedah Cari dan Musnah Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. Tempat- tempat utama nyamuk ni ialahhhh. . .
  • KOLAH AIR
Haaaaa semuaaa. Baik pergi check kolahhh cepat. Mana tahu dah beranak pinak dah nyamuk dalam tu, Heee ~ Kolah mestilah diberus dan dicuci satu kali seminggu atau pun bubuh bahan pembunuh jentik-jentik dalam kolah tu yee.
  • ALAS PASU BUNGA 
Mana-mana kaum wanita yang minat berkebun ni, sementara tengok bunga tu, tengoklah alas pasu bunga tu sekali . Cuci dan sental alas pasu bunga dan bubuh bahan pembunuh jentik-jentik.
  • BEKAS MAKANAN POLISTERIN
Yang ni simple je, Pastikan kita bunag sampah ke dalam tong sampah dengan keadaan yang tertutup supaya nyamuk-nyamuk ni tak membiak kat dalam tu.

  • BEKAS SIMPAN AIR
Jangan lupa tutup semua bekas menyimpan air. Sebab apaa? Sebab habitat Nyamuk Aedes ni memang suka dengan air.

  • BEKAS JAMBANGAN BUNGA
Tukar air dan sental bekas meyimpan air sehingga bersih. Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik atau gunakan gel sebagai pengganti air.




Okayyy, inilah antara beberapa cara yang boleh anda lakukan di sekitar rumah anda untuk memusnahkan nyamuk Aedes. Bukan lama pon kann. Say No To Aedes. Ingatt, Lebih baik mencegah dari merawat :))

Tuesday 23 September 2014

:: Special Education Course ::

Assalamualaikum, bertemu kembali kitaa :) Hari ini, MissNad nak berkongsi sikit tentang kursus yang MissNad ambil dekat IPG ni, kursus apaa ? Cuba tekaaa. Anda ada 60 saat dari sekarangg! Hehe, saje je tadi tuu, selingan. Rasanya, tengok tajuk pon dah dpat teka kann? HaHa ~ Okayy, sebenarnya MissNad ambil kursus Pendidikan Khas atau bahasa omputehnya Special Education . Haaaaa, mesti ada orang tertanya - tanya apa itu Pendidikan Khas ? Ni nak kongsi sikit ni .Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan dan keupayaan pelajar tersebut. Kanak - kanak Khas pula ialah golongan kanak- kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.Kanak - kanak khas terdiri daripada tiga kategori iaitu masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Untuk kursus yang MissNad ambil ni, ia lebih fokus kepada kanak-kanak masalah pembelajaran. Antara masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran ini ialah disleksia, sindrom down, cerebral parsy, autisme, pintar cerdas, ADHD dan lain-lain. So, dapatlah kita simpulkan kat sini yang Pendidikan Khas ini ialah satu pendidikan yang diwujudkan khas untuk kanak - kanak istimewa kerana mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran aliran perdana seperti kanak - kanak normal yang lain. Rasanya cukup dulu buat setakat ini, nanti MissNad cerita lagi pada masa yang akan datang. Hee :) Sebelum tu, MissNad nak pesan kita jangan lah memandang serong sebaliknya tanamkan sikap prihatin terhadap mereka kerana mereka sangat memerlukan sokongan daripada kita. Ingatlahh, tiada insan yang minta untuk dilahirkan begitu.




Salam Perkenalan :))

Assalamualaikum semuaaa ^ ^ . Di sini saya dengan berbesar hatinya ingin merasmikan blog pertama saya iaitu DUNIA CIKGU NADIAH. Ececehhh, heee~ Tujuan asal blog ini adalah untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus projek bagi kursus Generik Kemahiran Belajar ( 1053) . Maka dengan ini, saya akan berkongsi pelbagai informasi dengan kalian semua dalam blog ini. Sekian, itu sahaja yang dapat saya ceritakan pada entry pertama ini sebagai salam perkenalan kita. HaHaHa, jumpa lagiii :) #newbie in blogger