Thursday 6 November 2014

Study Week. FINAL EXAM !

Assalamualaikum readers :) Here it is my new blog image. Hope you like it. Aicehh akuu, ajet-ajet ade readers je. Bhahahaha. Okayyy, setelah sekian lama blog ini berhabuk dan bersepah, datang lah Si Cinderella datang membersih dan menaip. Oppsss. Hoho. K merepekk~ Okayy tengok tajuk tu, FINAl EXAM okehhh. Bukan main huruf besarr lagi aku letak. Haaa, betapa penting nya final exam berbanding nama aku. -.- 

Disebabkan sekarang study week, maka dengan ini aku meletakkan syarat perintah berkurung di dalam kampus sehingga lah periksa. Ehhh, yedok aku ? Nama je duduk berkurung tapi tak study juga. Duduk tgok movielah, makanlah, tidurlah dll. Hampesss. *jangan tiru aksi ini. Ni nak cerita, korang tak nak tau pon, ak nak bagitau jugak, aku ada 3 paper tapi fakta yang nak kena baca adalah setinggi Gunung Kinabalu. Tapi takpe, ku gagahi jugaa demi mendapatkan segulung ijazah. Ayat tak boleh blah~ 

Okayy, kiranya ak dengan budak SPM dengan buku sama naik je sekarang. Haha. Yang pasti lepas exam ni, aku balikkk ke rumahhh dan cuti sem pun bermulalah. Oh yeahhhh. Lompat setinggi awannn ~ So, konklusi yang kita boleh nampak kat sini, ak takdek point dah nak tulis dan lebih baik ak sambung membaca buku. Sebelum tu, di kesempatan ini, aku nak ucapkan GOOD LUCK and ALL THE BEST untuk rakan-rakan seperjuangan yang lain. Oke guysss, jumpa lagi ^^






Tuesday 14 October 2014

Syarat Kemasukan ke Sekolah Pendidikan Khas

Assalamualaikum semuaa. Lama tidak ketemu. Hee~ Okayy, untuk hari ini, saya akan berkongsi tentang jenis-jenis Sekolah pendidikan Khas. Ada ibu bapa kadang  kadang tak tahu nak hantar anak anak mereka yang tergolong dalam kanak-kanak khas ni ke mana,  so, meh sini baca ni. Pasti jumpa jalan penyelesaian yang terbaikkk. Hehheehe... Sebelum tu, nak kasi tau kat Malaysia ni ada 4 jenis sekolah Pendidikan Khas iaitu Pra Sekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Syarat - syarat nak masuk ke sekolah-sekolah ini ialahhhh :



  1. PRASEKOLAH


  • Berumur tidak kurang dari lima tahun.
  • Disahkan oleh pengamal perubatan . 


   2. PENDIDIKAN RENDAH


  • Berumur 6 hingga 14 tahun.
  • Disahkan oleh pengamal perubatan.
  • Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik.

   3 . PENDIDIKAN MENENGAH


  • Berumur 13 hingga 19 tahun .
  • Disahkan oleh pengamal perubatan .
  • Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

   4 . PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


  • Sekolah Khas
       Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan efektif mata pelajaran vokasional (MPV) .
       Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia .

  • Program Pendidikan Khas Integrasi

Haaaa, tu lah dia syarat- syarat diaaa. Tak rumit ponn. Ibu bapa ambik tahu pasal ni, jangan biarkan anak- anak terabai pelajarannya. Setiap kanak - kanak berhak untuk mendapat pelajaran. Hak belajar hak mereka  ^^

Wednesday 24 September 2014

Mengenali Syndrom Down

Hye guyyss. Harini kita sambung lagi pasal masalah kanak-kanak khas, dah dapat ilmu, apa salah nya iolsss nak kongsi dengan korang kann? Heee~ tajuk hari ni, Syndrom Down :) Ramai pernah mendengar namun,ramai juga cetek pengetahuan mengenainya.Ia bukan penyakit moden atau orang kaya malah Sindrom Down (SD) tidak tepat di katakan penyakit.Sindrom Down tidak boleh di ubati.Ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran .Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa.Oleh itu kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.Sindrom Down terbahagi kepada 3 iaitu Trisomi,Traslocation dan Mosaic.Tidak kira jenis apa Sindrom Down,kanak-kanak Sindrom Down boleh di kenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21.Bagi seorang yang normal mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyababkan mereka di kategorikan Sindrom Down.Lain-lain kromosom mereka adalah normal.

Macam mana kita nak kenal mereka ? Macam ni yee ciri-ciri diaa. 
  • Sifat Pada Kepala, Muka Dan Leher.
Kanak-kanak Sindrom Down, mempunyai cirri-ciri fizikal yang unik dimana mereka mempinyai iras muka yang hamper sama seperti muka orang Monggol. Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan  kulit di sudut dalam. Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi mereka adalah  lambat dan tidak teratur . Paras telinga adalah lebih rendah. Kebiasaannya, kepala mereka lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek.
  •   Sifat Pada Tangan Dan Lengan
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam dimana tangan yang lebar dan pendek.Kebiasaannya,tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan urat dinamakan “Simian Crease”. Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol.
  •  Sifat Pada Kaki
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.
  •   Sifat Pada Otot
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
  •   Ciri-Ciri Lain
Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendak serta agak bongkok. Mereka juga majoritinya berambut lurus dan lembut. Kebiasaannnya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan gembira dimana mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik. IQ mereka pula adalah di antara 30-80. Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Okayyy, ni lah dia serba sedikit yang dapat iolss share tentang kanak - kanak syndrom down. harap lepas baca, ada lah pencerahan sikit tentang dunia budak khas nii. Jumpa lagi. daaaaa ^^