Pada zaman yang serba moden ini kita sering digemparkan dengan berita- berita yang tidak sedap didengar di halwa telinga ... Ayat pendahuluan Ai memang overr, macam nak buat esei SPM. Hohoho. Okayy, berbalik kepada tajuk kitaa, iaitu Gigitan Kecil, Ancaman Besar. Sebenarnya ayat pendahuluan ni nak cerita pasal kes demam denggi yang semakin merebak lenni. Haaa, tu je sebenarnya main point die. So, entry kali ni bertujuan untuk berkongsi dengan uooolss tentang kaedah Cari dan Musnah Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. Tempat- tempat utama nyamuk ni ialahhhh. . .
- KOLAH AIR
- ALAS PASU BUNGA
Mana-mana kaum wanita yang minat berkebun ni, sementara tengok bunga tu, tengoklah alas pasu bunga tu sekali . Cuci dan sental alas pasu bunga dan bubuh bahan pembunuh jentik-jentik.
- BEKAS MAKANAN POLISTERIN
Yang ni simple je, Pastikan kita bunag sampah ke dalam tong sampah dengan keadaan yang tertutup supaya nyamuk-nyamuk ni tak membiak kat dalam tu.
- BEKAS SIMPAN AIR
Jangan lupa tutup semua bekas menyimpan air. Sebab apaa? Sebab habitat Nyamuk Aedes ni memang suka dengan air.
- BEKAS JAMBANGAN BUNGA
Tukar air dan sental bekas meyimpan air sehingga bersih. Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik atau gunakan gel sebagai pengganti air.
Okayyy, inilah antara beberapa cara yang boleh anda lakukan di sekitar rumah anda untuk memusnahkan nyamuk Aedes. Bukan lama pon kann. Say No To Aedes. Ingatt, Lebih baik mencegah dari merawat :))
No comments:
Post a Comment