Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijjah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan korban.
Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha
1. Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
2. Pada rakaat pertama:
a. Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah
(اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
3. Pada Rakaat kedua :
a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
b. Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam kedua.
Dengan perkongsian ini, saya harap kalian dapatlah mengaplikasikannya semasa Hari Raya Aidiladha nanti. Lagipunn, solat sunat hari raya bukan selalu kita dapat buatkan ? Maka, Rajin-rajinkanlah diri kalian melangkah ke masjid. Setiap langkah kita ke masjid akan dikira sebagai pahala, Renung-renungkan dan selamat beramal :))
No comments:
Post a Comment